Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2026

Citra Club Malaysia Johor

Imej
Kenali Citra Club Malaysia (Johor) CCMJ Citra Club Malaysia Johor (CCMJ) adalah kelab permotoran dibawah pimpinan Citra Club Malaysia (CCM) yang khusus ditadbir oleh perwakilan negeri Johor.  CCMJ mula ditubuhkkan seiringan wujudnya CCM untuk menarik minat pemilik MPV Naza Citra/Kia Caren di Negeri Johor. CCMJ juga dipecahkkan kepada beberapa daerah yg diketua oleh perwakilan daerah masing2x. 1-Johor Bahru/Pontian 2-Kulai/Senai 3-Batu Pahat /Kluang 4-Kota Tinggi/Mersing 5-Muar 6-Segamat Fokus utama CCMJ lebih kepada pergerakkan kemasyarakatan dan sosial serta industri permotoran. SESUAI DGN MOTTO CCM "Brotherhood Without Boundaries" CCMJ juga berpegang bersama MOTTO " We Unite As One" Motto yg melambangkan ikatan kekeluargaan dan ukhwah umpama sebuah keluarga tanpa sempadan. Ahli Keluarga CCMJ

Mini TT CREW HULU SELANGOR

Imej
Pertemuan Crew Hulu Selangor (CHS) bersama Presiden CITRA CLUB MALAYSIA diatur berlokasi di RVE FOOD CABIN Rawang, Selangor pada 15 Jan 2026. Perkenalan dan pendaftaran ahli baru dilaksanakan dan diraikan bersama. Sesi tampal sticker ID ahli baru CITRA CLUB MALAYSIA turut diadakan.  Dan sesi yang ditunggu-tunggu, TEKNIKAL TIME juga berlangsung secara lancar.  Bergambar bersama Sesi Teknikal time Sesi tampal sticker ID Sesi daftar ahli baru CITRA CLUB MALAYSIA

santai Shah Alam CCM

Imej
Satu pertemuan telah diadakan di Seksyen 13 Shah Alam, pada 10 Jan 2026. Dihadiri Tuan Presiden en. Ali, Tuan Penasihat en. Yazid, komiti tertinggi, ahli-ahli baru dan yang best ahli-ahli lama juga turut kelihatan.  Perbincangan mereka berkaitan hala tuju kelab, hal-hal berkaitan kemaskini R. O. S. dan juga penyerahan baju CITRA CLUB MALAYSIA OFFICIAL bagi tempahan kali ke 3 .  Kehadiran ahli-ahli lama bertemu ahli-ahli baru amatlah dialukan bagi memberi pendapat dan kebaikan untuk kelab. Terima kasih bagi yang hadir memeriahkan lagi suasana.  Bergambar kenangan, waktu ni ramai yang dah santai di ruangan parking. 

Bersama menghadiri undangan kenduri di Perak

Imej
 Undangan kenduri adalah dari En. Ridzuan, Head negeri Perak.  Bertarikh pada 4 Jan 2026. Kehadiran ahli CITRA CLUB MALAYSIA dari negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan dari Perak juga. Kami hadir sehari sebelum majlis dan bermalam di Perkampungan Mr. OS Challet, Desa Retreat Challet, homestay Zara dan homestay Hawa. Pelbagai aktiviti dapat dilakukan bersama sewaktu menginap di sana.  Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti sukaneka untuk anak-anak, isteri dan ahli-ahli CITRA CLUB MALAYSIA, berbbq, bermandi kolam, ada yang memancing, Berkaraoke, ada pula yang rajin memasak di homestay untuk jamu rakan-rakan (syukur Alhamdulillah terima kasih. Lain kali buat lagi ya 😆)  

Menyertai GKNK Bombastic Autoshow

Imej
 Tuan Presiden tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama ahli CITRA CLUB MALAYSIA di Kelantan menyertai GKNK AUTOSHOW yang diadakan di Mydin Tunjong, Kelantan pada 2 Januari 2026. Sebanyak 6 buah kereta dari CCM telah menyertai pertandingan ini.  Ramai juga ahli-ahli turut hadir untuk memeriahkan suasana. Alhamdulillah dapatlah juga kemenangan, bolehlah bawa balik Piala. Takda lah balik tangan kosong. 

Sambutan tahun baru dan hari lahir

Imej
  CCMKEL menganjurkan acara sambutan tahun baru 2026 beserta sambutan hari lahir ahli-ahli pada 1 Jan. 2026 , lokasi di Sutera Chalan , Tawang , Bachok , Kelantan .  Kelihatan kehadiran undangan khas Penaung CCMKEL Dato' TS Jeffrey, Tuan Presiden GKNK En. Long Azley , serta Tuan Presiden CITRA CLUB MALAYSIA En. M. Ali juga turut hadir.  Terima kasih buat ahli-ahli yang hadir memberi sokongan padu dan Sporting semuanya. Semoga semangat ukhuwah dan kerjasama sesama ahli terus berkekalan.  Tampal sticker  Wind screen CITRA CLUB MALAYSIA

CITRA CLUB MALAYSIA

Imej
 Senarai Ahli jawatankuasa Citra Club Malaysia Pengasas : Mohd Yunus Abdul   Malik. Penasihat :  1. Yazid b. Sairi 2. Amir Che Abas . Presiden : Mohd Ali b. Misman . Timb. Presiden : Rohaizat b.Mazlan Setiausaha : Fazrul b. Abd Aziz .  Pen. Setiausaha : Rafaizal b. Hamzah . Bendahari : Nor Anuar b. Yahya Ajk : 1. Abdul Hamid b. Tasmin 2. Jumain b. Yaacob 3. Nurmazura Mat sidik 4. Mior Mohammad 5. Mohd. Irwan Shah b. Ishak . 6. Razali b. Mohd Sarif . 7. Mohd Fazeli b. Mohd Ghazi . 8. Bahari b. Baharin . 9. Helme Shahrizan b.Ishak   Senarai nama dan gambar ahli jawatankuasa Citra Club Malaysia dan head setiap negeri

Coming

Coming soon